Latihan Menaip Microsoft Word dan Paint

22 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Jun 2019 yang lalu, pihak Pusat Internet Batang Maro telah mengadakan kelas Latihan Menaip menggunakan Microsoft Word dan juga melukis menggunakan applikasi Paint. Kelas ini telah dihadiri oleh para peserta sekolah rendah yang mempunyai minat yang tinggi untuk belajar komputer. Para peserta diberikan tugasan menaip cerita hikayat puteri santubong dan juga surat rasmi.

Objektif utama kelas ini adalah bagi melatih para peserta menaip menggunakan papan kekunci dan membiasakan mereka dengan kedudukan-kedudukan huruf dan nombor yang terdapat pada papan kekunci. Selain itu, kelas ini juga merupakan inisiatif pengajar untuk sesi ulangkaji para peserta agar masa terluang mereka tidak terbazir begitu sahaja. Manakala, kelas Paint bertujuan untuk mengasah bakat melukis pelajar dan bijak menggunakan Paint.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali